Thursday 10 March 2011

Introduction : OMG! HOTNYA DIA!












“Split personality”..itulah perkataan yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai dua karakter di dalam hidupnya. Memilih untuk menjadi dua watak dalam hidup bukanlah jalan pintas untuk mengejar populariti. Pernahkah terlintas di fikiran bahawa kita mudah untuk menipu dan mereka mudah tertipu, namun persoalannya apakah penipuan kita bakal bertahan untuk suatu jangka masa yang panjang?? Dunia khayalan dengan dunia yang nyata semestinya jauh berbeza. Di manakah kita berada sekarang? Berpijaklah di bumi yang nyata...
  Imaginasi yang tinggi kadangkala menjadikan jalan cerita lebih menarik. Namun, orang akan berfikir setakat mana kesahihannya. Cerita aku adalah cerita aku, dan cerita kau adalah cerita kau. Tidak mungkin akan sama dan tidak mungkin akan serupa. Tidak perlu khayalan untuk menulis cerita. Tidak perlu imaginasi untuk mereka cerita. Tidak perlu skrip untuk membuat cerita. Berceritalah perkara yang sebenar .yang realiti bukan fantasi.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang minah yang ‘gila glamour’. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup mempertaruhkan kepercayaan orang terhadap dirinya demi mengejar populariti yang akhirnya akan menjahanamkan hidupnya sendiri. Tanpa menhiraukan risiko yang bakal ditempuhi, dia tekad untuk terus menyebarkan cerita-cerita mengenai hidupnya dengan tujuan untuk fammous semata-mata.      Dengan cerita-cerita yang gempak disebarkan kepada rakan-rakan dan dimuat turun di dalam laman FACEBOOK. Ikuti kisahnya di dalam
 “HOTNYE
  DYEE!

AWAS!!!! JANGAN TERSALAH LANGKAH .JIKA TIDAK BURUK PADAHNYA . SEBELUM ANDA MEMBACA KISAH INI, ANDA HARUSLAH BERSIAP SEDIA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL, JIKA TIDAK ANDA AKAN KANTOI DI TENGAH JALAN !  






SELAMAT MEMBACA….




*Cerita ini tiada kaitan dengan yang telah tiada mahupun yang masih ada (emmmm....ada kaitan jugak sebenarnya). Hanya untuk hiburan semata mata. Hak cipta terpelihara. Tidak boleh diciplak. 
Milikan tunggal : 5 OF US. *

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home