Thursday 22 September 2011

Bermulanya kisah aku

Dia bermula sebangai seorang insan biasa yang skema, kuno dan seangkatan dengannya. Ketulusan serta keikhlasan hatinya, kemurnian sikapnya dan kejujurannya membuatkan ramai orang selesa berkawan dengannya. FIONA nama yang tertulis didalam sijil kelahirannya. Hidupnya yang serba ringkas kini telah bertukar menjadi mewah. Dia tidak seperti FIONA yang dahuli. Sikapnya yang seakan cuba menjadi orang lain menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Apakah ini merupakan permainan? Atau mungkin juga ingain menarik perhatian orang terhadapnya.

NAMA: FIONA
UMUR: 17 TAHUN
TINGGI: 150 CM
BERAT: 46 KG
HOBI: BERANGAN
CITA-CITA: INGIN MENJADI ORANG LAIN
SIFAT: GEDIK


   Dia mula menjadi hot apabila dia bercerita kepada salah seorang daripada mereka berlima. Dahulunya mereka berlima ini tidaklah serapat mana. Kisah FIONA lah yang merapatkan mereka sehingga terbentuknya satu kumpulan. Pelbagai kisah yang diceritakan. Eien pada mulanya percaya dengan segala cerita Fiona. Fiona dahulu rapat dengan GG. Segala rahsia diketahuinya. Rahsia tentang abang saudaranya yang syok gila dekat dia, doktor yang jatuh hati dengan sikapnya, kemewahan hidupnya, PAPA dan MAMA nya yang sibuk ke luar negara, dan juga dia memiliki kereta MINI COOPER seawal usianya 17 tahun. WOW, WOW, WOW... Sungguh 'kaya'.

   Namun, apabila salah seorang daripada mereka mendapat tahu kebenarannya, maka tercetusnya cerita sensasi ini! Setelah mereka membuat penyelidikan, barulah mereka sedar bahawa segala kisah yang diceritakan oleh Fiona adalah dongeng semata-mata. Seperti hikayat MAT JENIN la. tetapi, mereka tidak membongkarkan kisah ini secara terus terangmalah mereka bercadang untuk terus mengikuti permainan ini. Sungguh teruja.....

  Apakah rahsia yang bakal dibongkarkan oleh mereka berlima? Pastinya permainan ini menjadi semakin menarikdengan kehadiran seorang insan. Siapa????


BERSAMBUNG.....

Monday 9 May 2011

Misteri Kehilangan Fiona : Terungkai

Cuaca seakan tidak bermaya untuk cerah. Mendung menyelubungi dunia juga kelas 5 Sains 2. Apa agaknya yang telah terjadi? Eiien,Rara,Ririn,GG dan Kaqah seperti biasa masuk ke kelas. Kebiasaannya dari tingkat satu telah dapat didengar keriuhan kelas itu. Namun, hari ini jauh berbeza. Mungkin cuaca yang tidak bermaya antara faktor kelas 5 Sains 2 tidak bising pada hari itu. Mereka berlima hairan. Masing-masing buntu dengan situasi yang dialami. Radio rosak Tini tidak berkumandang kerana dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Apakah kerana Tini tidak hadir membuatkan semuanya diam membisu? Tidak sama sekali.
  “ Wei, pehal sume diam ni?” Rara bertanya kepada Kaqah.
  “ Issh kau ni la. Kau tengok tadi aku da lama masuk ke? Aku masuk ngan kau kan? So, mane aku tahu.”jawab Kaqah dengan selamba. “Aku tak boleh la kalau sume diam ni. Kejutan budaya tau camni.” Ujar Ririn pula. “ Entah, ni yang tak syok ni asyik suara kita je yang menonjol. Selalunya agak tenggelam.” GG berkata-kata.
  “Tau takpe, tak tau tanye.” Eiin pula mencelah. “Ape kene mengena kau cakap benda ni?” Kaqah kebingungan. “Kan GG kate suare kita je yang menonjol so turn aku pulak cakap lepas GG. Aku takde idea nak cakap ape, jadi aku cakap je la ape yang terlintas kat hati aku.” Jawab Eiin dengan hati yang tulus. Suasana yang agak sepi mebuatkan semuanya membisu tanpa kata.
   Hari mereka berlima tidak lengkap tanpa kehadiran Fiona. Mereka tertanya-tanya misteri kehilangan Fiona. Ke manakah Fiona menghilang? Mungkinkah dia telah diculik? Ohh..tidak mungkin perkara itu berlaku! Apakah semua ini hanya satu helah? Pelbagai persoalan menembusi ruang minda.
  “Hania, dah lame aku tak nampak Fiona. Mana dia pergi?”soal Ririn. “Eeermmm,,entah la, aku pun tak tahu.”ujar Hania seakan berselindung. “Ta kan kau tak ambil port kot.”ujar GG yang cuba menyelongkar. “Aku tak suka jaga tepi kain orang la!”jawapan yang dilontarkan Hania seakan memerli lalu beredar.
  “Pergh....jawapan yang cukup mantop la.”ujar Rara.
 “Agak la wey,nak main perli-perli. Ingat kita ni sibuk sangat ke nak ambik tahu pasal minah yang bajet hot tu!”Kaqah mula memberontak.
 “Sabar Kaqah, kerja kita ni banyak cabaran dan rintangan. Sabar itu kan separuh daripada iman. Al-maklumlah kerja kita ni melibatkan budak-budak yang hot. Jadi susah sikit la.”Eien cuba memberikan respon yang baik.
  Hari mereka sememangnya malap tanpa berita-berita yang hangat. Seperti rumah yang blackout la, kan ke gelap jer jadinya. Mereka tidak berputus asa mengorek kisah kehilangan Fiona yang menjadi tanda tanya. Setelah pelbagai usaha giat dijalankan,akhirnya segala persoalan terjawab. Fiona telah dimasukkan ke salah sebuah hospital SWASTA yang amat MAHAL kos perubatannya akibat daripada beberapa masalah kesihatan.
  Kehandalan dan juga kepakaran mereka dalam bidang kerja yang diceburi tidak dapat disangkal lagi kehebetannya. Cerita mengenai Fiona yang terlantar sakit di hospital itu telah mendapat respon yang agak baik daripada penggemar-penggemar gosip. Mana tak nya, kisah budak hot sapa tak nak tahu kan??
  Dalam sibuk mempromosikan kisah itu, mereka berlima mendapat surat daripada salah seorang peminat kisah tersebut yang digelar sebagai BLANSY WHITEY.. di dalam surat tersebut dia meminta mereka berlima menceritakan bagaimanakah Fiona mula berjinak-jinak dalam dunia hot dan sebab-sebab yang menjadikan dia semakin dikenali ramai.
  Apakah rentetan hidupnya ?? Semuanya bakal diceritakan di bab seterunya...........
   

                                                                                        Bersambung lagi der......

Monday 28 March 2011

BAB 1 ...

  Eien memulakan hari-harinya seperti biasa.. Dengan hati yang senang dia pergi ke sekolah berjumpa dengan member-membernya.. Aktiviti yang sering mereka lakukan adalah gelak, gelak & terus gelak.. Hahahahahahahahahahahahahahaha.. Ya, lebih kurang la.. Jika tidak gelak, mereka akan buat 'job part-time' dengan mendapatkan gosip-gisip terkini daripada 3 orang minah yang 24/7 dengan facebook & seorang daripada mereka akan up-date facebook status-nya.. Dan ramai-ramai akan 'LIKE'..!

  Cuaca yang seakan-akan malu untuk panas membuatkan mereka terasa ingin terlena serta angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kesyahduannya.. Kedengaran bunyi radio rosak Timi yang tidak diundang itu melenyapkan rasa mengantok kami malah bertukar menjadi rasa marah yang mmbuak-buak seperti ingin menampar pipi sendiri.. Namun belum sempat berbuat sedemikian, kelihatan awex cunnn berjalan masuk.. Sudah menjadi rutin harian mereka untuk melihat segala gerak gerinya yang pasti memukaukan mata setiap yang memandang.. Melihatnya seolah-olah melihat seekor pari-pari yang terbang tanpa sayap kerana setiap kali memandangnya pasti akan ada soalan yang bermain di minda.. Namun apabila mata sudah penat melihatnya dan hati sudah mula jemu dengan aksi manjanya barulah minda akan mula mengolah bahawa melihatnya hanya sekadar membuang masa dan segala persoalan terungkai.. Samalah seperti pari-pari tang terbang tanpa sayap itu.. Mula-mula mendengarnya sungguh menakjubkan namun apabila diselidiki sekian lama barulah ternyata itu hanyalah kisah dongeng semata-mata yang disebarkan untuk meraih parhatian orang agar dirinya 'popular'...

  "Apakah nasib masyarakat melayu sekarang ini?.. Tidak pandai untuk menilai mana satu permata dan mana satu kaca.. Ayuhlah kita bangkit dan semaikan sifat kejujuran dalam diri.. Renung-renungkan dan selamat beramal!" begitulah tadi ucapan yang tidak dijangka bakal diucapkan oleh Kaqah.. "Oit!.. Pehal kau tetiba je ni?.. Kene sampuk ke?" Soal Rara yang terbangkit dari lamunannya apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Kaqah tadi..


  "Eiiii!.. Choi la kau nie Rara.. Jangan cakap la perkataan tu.." Ririn mula memintas.. "Nape lak wei?!.. 'Sampuk' je pon.. Perkataan kotor ke?" GG seakan tidak faham..


  "Orang kata la kan, bukan aku kata, orang kata tak elok cakap perkataan tu.. Tak tau la nape.." jawab Ririn..


  "Sesat la kau ni.. Ishh3...." ujar Rara.. "Perghh, cun la kot dia nie kan?.. Untung kot sape yang dapat dia ni kan??.." tiba-tiba kedengaran Eien berkata-kata sambil termenung melihat Fiona.. Semua mata kini tertumpu kr arah Eien.. Dengan secara sengaja Rara menolak lengan Eien dengan harapan agar Eien sedar dari lamunannya dan akhirnya harapan Rara menjadi kenyataan.. Eien sedar!.. Fiona yang turut sedar akan perkata itu tersipu-sipu malu...??


  "Aduhh!.. Perasan pulakk.. Aku lupa yang dia tu seorang je budak paling comel and paling hot dalam sekolah ni.." Eien seakan menyesal.. "SORRY, bukan dalam sekolah je tapi dalam dunia okey?.." Kaqah melawak.. "Patut la ramai sangat orang minat ye tak??..." GG pula memintas..


  "Tapi yang aku tak puas hati tu macam mane abang sedara boleh minat kat adik sedara?.. Pelik2.." Eien kebingubgan.. Bukan dia sahaja malah Rara, Ririn, GG dan Kaqah juga turut memikirkan perkara yang sama.. Yela, sekepala la katakan.. Mereka asyik memikirkan perkara itu.. Setakat ini, itulah cerita yang paling HOT dan menjadi bialan orang ramai.. Tapi tak la ramai sangat kot??...


  Sekian lama tidak melihat Fiona, mereka tertanya-tanya kemana Fiona menghilang?.. Mungkinkah dia diculik oleh kerana dia mempunyai rupa paras yang sangat cun atau kisah hidupnya yang sangat hottt??.... Segalanya bakal terjawab...........!!

Thursday 10 March 2011

Introduction : OMG! HOTNYA DIA!












“Split personality”..itulah perkataan yang sesuai bagi seseorang yang mempunyai dua karakter di dalam hidupnya. Memilih untuk menjadi dua watak dalam hidup bukanlah jalan pintas untuk mengejar populariti. Pernahkah terlintas di fikiran bahawa kita mudah untuk menipu dan mereka mudah tertipu, namun persoalannya apakah penipuan kita bakal bertahan untuk suatu jangka masa yang panjang?? Dunia khayalan dengan dunia yang nyata semestinya jauh berbeza. Di manakah kita berada sekarang? Berpijaklah di bumi yang nyata...
  Imaginasi yang tinggi kadangkala menjadikan jalan cerita lebih menarik. Namun, orang akan berfikir setakat mana kesahihannya. Cerita aku adalah cerita aku, dan cerita kau adalah cerita kau. Tidak mungkin akan sama dan tidak mungkin akan serupa. Tidak perlu khayalan untuk menulis cerita. Tidak perlu imaginasi untuk mereka cerita. Tidak perlu skrip untuk membuat cerita. Berceritalah perkara yang sebenar .yang realiti bukan fantasi.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang minah yang ‘gila glamour’. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup mempertaruhkan kepercayaan orang terhadap dirinya demi mengejar populariti yang akhirnya akan menjahanamkan hidupnya sendiri. Tanpa menhiraukan risiko yang bakal ditempuhi, dia tekad untuk terus menyebarkan cerita-cerita mengenai hidupnya dengan tujuan untuk fammous semata-mata.      Dengan cerita-cerita yang gempak disebarkan kepada rakan-rakan dan dimuat turun di dalam laman FACEBOOK. Ikuti kisahnya di dalam
 “HOTNYE
  DYEE!

AWAS!!!! JANGAN TERSALAH LANGKAH .JIKA TIDAK BURUK PADAHNYA . SEBELUM ANDA MEMBACA KISAH INI, ANDA HARUSLAH BERSIAP SEDIA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL, JIKA TIDAK ANDA AKAN KANTOI DI TENGAH JALAN !  






SELAMAT MEMBACA….




*Cerita ini tiada kaitan dengan yang telah tiada mahupun yang masih ada (emmmm....ada kaitan jugak sebenarnya). Hanya untuk hiburan semata mata. Hak cipta terpelihara. Tidak boleh diciplak. 
Milikan tunggal : 5 OF US. *