Monday 9 May 2011

Misteri Kehilangan Fiona : Terungkai

Cuaca seakan tidak bermaya untuk cerah. Mendung menyelubungi dunia juga kelas 5 Sains 2. Apa agaknya yang telah terjadi? Eiien,Rara,Ririn,GG dan Kaqah seperti biasa masuk ke kelas. Kebiasaannya dari tingkat satu telah dapat didengar keriuhan kelas itu. Namun, hari ini jauh berbeza. Mungkin cuaca yang tidak bermaya antara faktor kelas 5 Sains 2 tidak bising pada hari itu. Mereka berlima hairan. Masing-masing buntu dengan situasi yang dialami. Radio rosak Tini tidak berkumandang kerana dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Apakah kerana Tini tidak hadir membuatkan semuanya diam membisu? Tidak sama sekali.
  “ Wei, pehal sume diam ni?” Rara bertanya kepada Kaqah.
  “ Issh kau ni la. Kau tengok tadi aku da lama masuk ke? Aku masuk ngan kau kan? So, mane aku tahu.”jawab Kaqah dengan selamba. “Aku tak boleh la kalau sume diam ni. Kejutan budaya tau camni.” Ujar Ririn pula. “ Entah, ni yang tak syok ni asyik suara kita je yang menonjol. Selalunya agak tenggelam.” GG berkata-kata.
  “Tau takpe, tak tau tanye.” Eiin pula mencelah. “Ape kene mengena kau cakap benda ni?” Kaqah kebingungan. “Kan GG kate suare kita je yang menonjol so turn aku pulak cakap lepas GG. Aku takde idea nak cakap ape, jadi aku cakap je la ape yang terlintas kat hati aku.” Jawab Eiin dengan hati yang tulus. Suasana yang agak sepi mebuatkan semuanya membisu tanpa kata.
   Hari mereka berlima tidak lengkap tanpa kehadiran Fiona. Mereka tertanya-tanya misteri kehilangan Fiona. Ke manakah Fiona menghilang? Mungkinkah dia telah diculik? Ohh..tidak mungkin perkara itu berlaku! Apakah semua ini hanya satu helah? Pelbagai persoalan menembusi ruang minda.
  “Hania, dah lame aku tak nampak Fiona. Mana dia pergi?”soal Ririn. “Eeermmm,,entah la, aku pun tak tahu.”ujar Hania seakan berselindung. “Ta kan kau tak ambil port kot.”ujar GG yang cuba menyelongkar. “Aku tak suka jaga tepi kain orang la!”jawapan yang dilontarkan Hania seakan memerli lalu beredar.
  “Pergh....jawapan yang cukup mantop la.”ujar Rara.
 “Agak la wey,nak main perli-perli. Ingat kita ni sibuk sangat ke nak ambik tahu pasal minah yang bajet hot tu!”Kaqah mula memberontak.
 “Sabar Kaqah, kerja kita ni banyak cabaran dan rintangan. Sabar itu kan separuh daripada iman. Al-maklumlah kerja kita ni melibatkan budak-budak yang hot. Jadi susah sikit la.”Eien cuba memberikan respon yang baik.
  Hari mereka sememangnya malap tanpa berita-berita yang hangat. Seperti rumah yang blackout la, kan ke gelap jer jadinya. Mereka tidak berputus asa mengorek kisah kehilangan Fiona yang menjadi tanda tanya. Setelah pelbagai usaha giat dijalankan,akhirnya segala persoalan terjawab. Fiona telah dimasukkan ke salah sebuah hospital SWASTA yang amat MAHAL kos perubatannya akibat daripada beberapa masalah kesihatan.
  Kehandalan dan juga kepakaran mereka dalam bidang kerja yang diceburi tidak dapat disangkal lagi kehebetannya. Cerita mengenai Fiona yang terlantar sakit di hospital itu telah mendapat respon yang agak baik daripada penggemar-penggemar gosip. Mana tak nya, kisah budak hot sapa tak nak tahu kan??
  Dalam sibuk mempromosikan kisah itu, mereka berlima mendapat surat daripada salah seorang peminat kisah tersebut yang digelar sebagai BLANSY WHITEY.. di dalam surat tersebut dia meminta mereka berlima menceritakan bagaimanakah Fiona mula berjinak-jinak dalam dunia hot dan sebab-sebab yang menjadikan dia semakin dikenali ramai.
  Apakah rentetan hidupnya ?? Semuanya bakal diceritakan di bab seterunya...........
   

                                                                                        Bersambung lagi der......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home